- Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga telah ditubuhkan secara rasminya pada 15 November 1994 dan telah memulakan sesi persekolahan pada tanggal 1 Disember 1994.
- Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga pada mulanya berkongsi premis dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, di Seksyen 5, Bandar Baru Bangi. Sekolah ini telah berpindah ke premis tetapnya di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pada 27 November 1994.
- Premis baru ini terdiri daripada 5 blok untuk pengajaran dan pembelajaran, 3 buah blok asrama termasuk kantin, sebuah dewan yang dinamakan sebagai Dewan Tun Sri Lanang, 2 buah makmal komputer, 5 buah bengkel kemahiran hidup, sebuah studio seni, 6 buah makmal sains, sebuah bilik guru yang berkeluasan 6 bilik darjah, pejabat pentadbiran, kantin yang dinamakan sebagai Kafeteria Siti Zainab dan sebuah surau yang dinamakan sebagai surau Al-Falah. Terdapat juga beberapa buah gelanggang permainan seperti gelanggang bola tampar, bola keranjang dan gelanggang badminton.
- Sejak sekolah ini ditubuhkan secara rasminya, seramai 4 orang pengetua telah berkhidmat di sekolah ini. Pengetua pertama yang menerajui sekolah ini ialah Puan Kamariah bt Haroun. Beliau telah memulakan tugasnya di sekolah ini pada tanggal Disember 1994 hingga Mac 1995.
- Pengetua kedua, Encik Mat Darus bin Othman mula berkhidmat dari Mei 1995 sehingga Jun 1998. Seterusnya kembali semula kepada pengetua perempuan iaitu Puan Zainap bt Mahmod, mantan pengetua yang telah memberi khidmat sejak Julai 1998 hingga Mei 2006. Tuan Haji Surimin bin Giman ialah pengetua sekolah ini yang memulakan tugasnya pada tanggal 1 Julai 2006 hingga kini.
- Pada tahun ini, jumlah guru yang berkhidmat di sekolah ini ialah seramai 111 orang dan 13 orang kakitangan sokongan. Bilangan keseluruhan pelajar ialah 2184 orang.
17 September 2008
Sejarah Sekolah
10 September 2008
FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi, berpegang kepada prinsip bahawa pendidikan adalah untuk mencari kebenaran dengan berasaskan keimanan dan setiap insan boleh dididik. Oleh itu, suasana pembelajaran yang kondusif adalah perlu untuk perkembangan potensi murid-murid ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek, berketrampilan , bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
WAWASAN SEKOLAH
Lepasan sekolah ini bakal menjadi pemimpin yang berketrampilan, berhemah tinggi dan mampu mengembangkan potensi diri ke tahap yang optimum.
OBJEKTIF SEKOLAH
- Permuafakatan daripada semua pihak; guru, murid, ibu bapa dan agensi-agensi luar.
- Peningkatan prestasi akademik dan kokurikulum, kebersihan dan keceriaan.
- Membimbing murid-murid menjadi pemimpin yang baik.
Langgan:
Catatan (Atom)